Monday, December 12, 2011

SENARAI FAIL YANG PERLU ADA DI KELAS PRASEKOLAH

1.FAIL PANITIA - Senarai AJK/Carta Organisasi/Jadual Waktu/Sukatan dan Huraian Prasek/Ranc.Tahunan/Takwim/Carta Gantt/Surat Panggilan Mesyuarat/Minit Mesyuarat/Biodata Guru Prasek,PPM,Guru Pend.Islam
2. FAIL PENGURUSAN PRASEKOLAH - Arahan-arahan/Pekeliling berkaitan
3. REKOD PERKEMBANGAN MURID - Senarai Semak/Rekod Anekdot/Rekod Berterusan/Analisis Kajian 3M/Junior Kids Programme
4. FAIL PERIBADI MURID - Salinan Surat Beranak/Kad Pengenalan Ibu Bapa,Penjaga/Rekod Kesihatan Murid/Sijil Sakit
5. FAIL HASIL KERJA MURID - Individu dan Kumpulan (Pastikan disemak dan diberikan ulasan)
6. FAIL PERMUAFAKATAN - Senarai AJK/Surat Panggilan Mesyuarat/Minit Mesyuarat
7. FAIL PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH - Senarai AJK (GB,PK1,PK2,PKko,Guru Prasek,Guru Pend.Islam,Guru Tahap 1)/Senarai Nama Murid dan Pendapatan Ibu Bapa,Penjaga/Surat Panggilan Mesyuarat/Minit Mesyuarat
8. FAIL KEWANGAN - Jumlah Terimaan PCG (salinan disahkan)/Perbelanjaan,Pembelian(salinan disahkan)/Lawatan/Tajaan dll
9. FAIL MESYUARAT/TAKLIMAT/KURSUS/SEMINAR - Surat panggilan/'Hands-out'
10. FAIL STOK - Inventori
(Borang Kew PA3 & Kew PA5)-Peralatan yang tidak perlu penyelenggaraan tetapi mesti ada pelupusan/Harta Modal (Borang Kew PA2 & Kew PA4)-Peralatan yang perlu penyelenggaraan berjadual/tidak berjadual yang perlu pelupusan/Peralatan Pejabat (Borang J3 & J4)-Peralatan pakai buang/(Borang Kew PA7)-Senarai peralatan modal dan inventori dalam kelas dan ditampal pada dinding
11. FAIL MEJA GURU PRASEKOLAH DAN PPM
12. BUKU REKOD PELAWAT
13. BUKU REKOD KELUAR MASUK MURID
14. BUKU REKOD PERGERAKAN GURU
15. BUKU REKOD PERGERAKAN PPM

PENULISAN RPH PRASEKOLAH

MINGGU                 :               KE –         1                                                              HARI                        :                ISNIN
TEMA                      :               MINGGU ORIENTASI                                              TARIKH                    :               03.01.2011


TUNJANG / MASA
PERKARA
CATATAN/IMPAK

RUTIN DAN
PERBUALAN PAGI
( 30 MIN )


Rutin kelas :
-  Murid berkumpul untuk sarapan,mengucapkan selamat pagi, menanda kehadiran, melafaz syahadah, Al-Fatihah dan doa penerang hati.
Perbualan pagi  :
1.        Ibu bapa / Penjaga menyerah anak-anak mereka kepada guru kelas dan Pembantu Pengurusan Murid.
2.        Memberi ruang dan masa untuk murid-murid menyesuaikan diri.



H   :
TH :

FIZIKAL & ESTETIKA
( 40 MIN )

Standard Pembelajaran
(PFK 1.1.2)Menggunakan tangan untuk merenyuk ( Crush ) kertas
(PFK 1.1.9) Menggunakan jari untuk mengoyak bahan mengikut rupa

Objektif
Diakhir pembelajaran murid boleh :
1.        Merenyuk kertas sehingga menjadi bulat.
2.        Mengoyak kertas menjadi cebisan kecil.

Aktiviti
1.        Murid diberi kertas dan guru menunjuk cara bagaimana untuk merenyuk kertas menjadi bulat.
2.        Kemudian membuka kertas tersebut dan mengoyak kertas menjadi cebisan kecil.
3.        Murid merenyuk dan mengoyak kertas tersebut menjadi cebisan kecil.
4.        Murid digalakkan melakukan berulang kali sehingga mereka boleh melakukan dengan betul.


BBM
- Kertas

KETRAMPILAN
 ( 40 MIN )


Standard Pembelajaran
(PSE 1.1.4) Menceritakan pengalaman emosi yang melibatkan perasaan seperti gembira, sedih, takut dan marah.

Objektif
Diakhir pembelajaran murid boleh :
1.        Menceritakan pengalaman pada hari pertama persekolahan.

Aktiviti
1.        Guru berbual dengan murid untuk merangsang mereka bercerita.
2.        Murid bercerita pengalaman mereka semasa di hari pertama, sama ada gembira, sedih , takut dan marah.



SAINS & TEKNOLOGI
( 30 MIN )


Standard Pembelajaran
((ST 1.1.2) Menunjukkan sikap sistematik, bekerjasama dan bertanggungjawab.
(ST 2.3.1) Membanding dan mengumpulkan objek-objek mengikut
satu ciri:
a. Warna
b. Bentuk
Objektif
Diakhir pembelajaran murid boleh :
1.        Membanding dan mengumpulkan objek mengikut warna dan bentuk.

Aktiviti
1.        Guru menunjukkan bongkah pelbagai warna kepada  murid-murid.
2.        Murid-murid berada dalam kumpulan dan membuat  pertandingan mencari bongkah yang sama warna
3.        Murid mengelaskan lego mengikut bentuk dan warna.


BBM
-  LEGO
-  BONGKAH

MINGGU                 :               KE –         1                                                              HARI                        :                ISNIN
TEMA                      :               MINGGU ORIENTASI                                              TARIKH                    :               03.01.2011


TUNJANG /MASA
PERKARA
CATATAN

30 MIN

REHAT



BAHASA MALAYSIA
( 60 MIN )


Standard Pembelajaran
(BM 1.1.6) Mendengar dan bertindak balas terhadap ucapan selamat dan bertatasusila dengan bimbingan.
(BM 2.1.3)    Berbual dengan menggunakan ayat yang mudah dengan sebutan yang betul

Objektif
Diakhir pembelajaran murid boleh :
1.        Mengucapkan ucapan bertatasusila.
2.        Berbual dengan sebutan yang betul.

Aktiviti
1.        Majlis suaikenal dengan murid-murid Prasekolah.
2.        Guru memperkenalkan diri kepada murid-murid.
3.        Menyanyikan lagu ucapan selamat
Contoh: Selamat pagi cikgu,
Selamat pagi cikgu,
Selamat pagi,
Selamat pagi,
Selamat pagi cikgu.
(Melodi: Happy Birthday)
4.        Bercerita tentang diri sendiri.


Nilai murni
- bersopan santun
- Hormat-menghormati

AKTIVITI PENAMAT
 ( 40 MIN )


Guru bersoaljawab dengan murid mengenai pembelajaran hari ini. Menyanyikan lagu selamat pulang.
Murid berbaris dan mengucapkan ucapan selamat pulang serta membaca doa untuk pulang.

























REFLEKSI                :

Saturday, November 12, 2011

BUDI BAHASA BUDAYA KITA

video
Kempen Budi Bahasa yang dilancarkan pada 11 Jan 2005 merupakan agenda lima tahun kerajaan dalam misinya melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi bahasa.
Namun begitu perbuatan tidak berbudi bahasa seperti berikut masih berlaku :-
·         Situasi di mana pemandu tidak bertimbang rasa di jalan raya,
·         Orang ramai membuang sampah sesuka hati,
·         Memotong barisan tabiat memandu yang kurang sopan dan merbahaya
·         Tidak memohon maaf apabila melakukan kesilapan,
·         Bercakap kasar dengan pelanggan / kekasaran terhadap para 
     pelanggan
·         Merokok di kawasan larangan merokok ialah 
·         kurangnya perasaan sivik terhadap harta benda awam

Senyuman Ikhlas
Malah budi bahasa yang paling asas iaitu melemparkan senyuman dan mengucapkan terima kasih masih sukar dilihat dalam masyarakat kini.

Rakyat Kelas Pertama
Dapat kita rasakan bahawa ungkapan “first class infrastructure, third class mentality” itu tepat menggambarkan kerisauan ramai rakyat Malaysia tentang keadaan negara pada masa ini. Ekonomi negara terus berkembang pesat; penggunaan teknologi semakin berleluasa; jalan raya diperbanyakkan dan diperluaskan; dan banyak kawasan dibangunkan untuk perumahan dan perindustrian moden.
Namun, cara pemikiran kita dan peradaban kita tidak mengalami kemajuan yang sama, malah seolah-olah semakin mundur. Kita menghadapi satu senario di mana sifat-sifat luhur serta kesantunan budi bahasa yang dulu menjadi kebanggaan masyarakat Malaysia semakin terhakis. identiti dan jati diri masyarakat  Malaysia semakin luntur.

Budi Pekerti Asas Utama
Kepincangan ini telah melahirkan beberapa sindrom negatif yang kini dipandang seakan-akan satu kebiasaan di kalangan masyarakat Malaysia.   Namun, pada hakikatnya, kita telah meletakkan budi pekerti sebagai satu asas dan tunjang dalam pelbagai dasar dan falsafah pembangunan negara, dari Rukun Negara sehinggalah kepada Wawasan 2020. Jelaslah bahawa aspirasi kita dalam bidang pembangunan minda dan rohaniah tidak sejajar dengan realiti kehidupan kita masa kini.

Dalam kesibukan kita sehari-hari, kita mungkin semakin lupa untuk memupuk ciri-ciri keperibadian luhur, baik untuk diri kita sendiri ataupun untuk anak-anak kita. Sebelum budaya masyarakat kita merosot lagi, kita harus sedar dan mempelajari serta mempraktikkan semula nilai-nilai dan budi bahasa warisan kita. Usaha ini harus dimulakan pada peringkat diri sendiri, peringkat keluarga dan pada peringkat masyarakat.

Nilai-nilai Murni
Kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni ini merupakan agenda penting kerajaanuntuk menyemarakkan dan menyemai semula budi bahasa dan nilai-nilai murni kedalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Kempen ini diharap dapat memperkukuhkan kembali kekuatan peribadi dan jati diri setiap individu. Negara akan menjadi agung jika warganya terdiri dari insan-insan yang mengamalkan budaya murni. Tidak ada gunanya jika masyarakat Malaysia kaya dari segi kebendaan tapi muflis dari segi keperibadian.


Aktiviti Yang Dijalankan
1.Mengenang Jasa Ibu Dan Bapa (Kekeluargaan)
Mengadakan aktiviti seperti makan sekeluarga, menghormati ibu dan bapa, meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa, pertandingan sajak, pertandingan bergambar dan minggu keluarga.
2. Pelajar Berbudi Bahasa (Pembelajaran)
Mengadakan pertandingan pidato, bahasa, pantun, drama, sketsa, choral speaking,boria, dikir barat, kuiz, nasyid, Kembara Budi Bahasa, melukis, animasi, Anugerah Asrama Terbilang dan Kem Jatidiri.
3. Berbudi Bahasa (Kemasyarakatan)
Mengadakan aktiviti seperti Minggu Budi Bahasa, Kenali Jiran Anda dan Kempen Pemanduan Bersopan.
4. Senyum dan Terima Kasih (Perkhidmatan)
Mengadakan kempen 'Kenali Saya' bagi anggota penguatkuasaan dan perkhidmatan kaunter supaya mengamalkan budaya senyum, memperkenalkan diri dan mengucapkan terima kasih.
5.Cintai Alam Sekitar, Flora dan Founa
Mengadakan aktiviti seperti gotong-royong 'Sungaiku Bersih Alamku Permai', ´'Tandas Bersih',' Kampung Indah Masyarakat Ceria','Anugerah Bandar Berbudi Bahasa', 'Anugerah Gerai/Pasaraya Terbaik' dan 'Anugerah Untuk Perusahaan Kecil'
Kempen ini perlu diadakan kerana kedapatan di kalangan masyarakat masa kini nilai-nilai dan amalan hidup yang kasar, yang tidak berbahasa, yang tidak mengendahkan tatasusila dan beradab. Cara memberi khidmat, cara melayani pelanggan atau orang ramai oleh kakitangan kaunter hadapan di jabatan-jabatan kerajaan seterusnya menimbulkan tidak puas hati di kalangan orang ramai.


Pantun Budi
Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang

Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung

Kapal belayar dari Arakan
Ambil gaji jadi jemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati saya kerana budi

Burung Serindit terbang melayang
Mari hinggap di ranting mati
Bukan ringgit dipandang orang
Budi bahasa rangkaian hati
Disunting dari :   Akhbar Utusan Malaysia
                            Dewan Bahasa dan Pustaka

CIRI-CIRI YANG ADA PADA PELAJAR CEMERLANG






Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
1.    Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan  
      membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2.    Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
·         kita ingat 10% apa yang dibaca
·         kita ingat 20% apa yang didengar
·         kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
·         kita ingat 70% apa yang dicakapkan
·         kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
5.    Belajar dalam persekitaran kondusif.
·         pastikan cahaya adalah terang
·         kurangkan gangguan bunyi
·         tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
·         tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
·         kerusi dan meja menghadap kiblat
·         jangan lupa untuk senyum
6.    Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
7.    Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk  
      melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan 
      membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab 
      soalan.
8.    Tahu teknik merangsang memori:
·         memasukkan maklumat dalam memori (registration)
·         menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
·         mengingat kembali (recall)
·         menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
9.    Sentiasa awal dan mendahului:
·         persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan 
         yang positif pada guru.
·         pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan  
         kejayaannya.
·         belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
·         untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru
         mengajar.
10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
·         duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
·         memberikan tumpuan sepanuhnya
·         menggunakan jari telunjuk untuk membaca
·         menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
22. Tahu petua mengulang kaji:
·         cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
·         siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
·         duduk tegak dikerusi yang selesa
·         baca doa penerang hati
·         baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
·         fikir dan ingat kembali isi utama
·         catat/lakar
·         semak semula ketepatan maklumat
·         ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
·         buat rumusan
·         jawab soalan
·         tampal maklumat yang rumit di dinding
·         baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
·         jangan makan kepala ikan
·         jangan makan organ dalaman
·         jangan minum semasa makan
·         jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
·         jangan melihat kemaluan
·         banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
·         banyakkan makan kismis, kurma dan madu
·         banyakkan makan kekacang
·         pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
·         jangan makan sehingga terlalu kenyang
·         jangan kencing berdiri
25. Tahu kemahiran mengingat:
·         tampal nota-nota penting di dinding
·         tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
·         gunakan kaedah akronim
·         reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu 
         diingat
·         pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
26. Cekap mengatur jadual belajar:
·         mempunyai jadual belajar
·         patuh kepada jadual
·         buat jadual yang boleh diikuti
27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
32. Pelbagaikan tempat belajar.
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
·         taat kepada Allah
·         mendirikan sembahyang
·         menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
·         hormati & sayangi guru
·         bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
·         suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
·         membantu rakan yang memerlukan
·         berdoa dan bersyukur kepada Allah
·         sentiasa bertawakal
·         mahir dalam setiap mata pelajaran

     Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja.